"Hello, sayang dah tido ke?"
"Hmm..?" A.J. membuka kelopak mata perlahan-lahan.
"Sayang, macam mana boleh tertido ni? Haha,, Bangun, bangun," kedengaran suara Sham di dalam handphone yang A.J. letak die sebelah telinganya.
"Ya Allah, macam mane ni? Alamak, macam mane boleh terlena ni? Mesti sebab sayang nyanyi kan lagu sedih tadi ni,,ish,,," rungut A.J. setelah die kembali sedar keadaan yang sebenar.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi, bermaksud dia dan Sham bergayut di telefon selama 3 jam termasuk beberapa minit dia terlena kerana mendengar nyanyian Sham.
"Kalau sayang dah ngantuk, sayang tido je ok. Jangan paksa sangat diri tu. Flight pukul 8 pagi kan. U need a rest. I'll see you in few hours at the airport ok," kata Sham lembut. Dia benar-benar risau akan keadaan A.J. yang keletihan akibat daripada penat mempacking barang yang akan di bawa ke US. Ya, United States of America, sementara dia akan hanya sambung belajar di Malaysia.
"Taknak. I tak penat la sayang. I nak spend the night dengan sayang. You do realize that this is our last chance nak bergayut lama-lama macam ni kan sayang. I taknak menyesal nanti bila dah sampai US sebab tak gunakan masa yang ada sekarang efficiently," jawab A.J. perlahan sambil menahan air mata daripada keluar.
Alia Johan dan Shamsul Razali. Nama mereka sudah menjadi satu sejak di sekolah menegah lagi. Mereka tidak mula sebagai kawan, tetapi terus sebagai 'satu'. Sejak kali pertama mereka bertemu, mereka dapat merasakan bahawa mereka telah ditakdirkan bersama. Hidup Sham tidak lengkap tanpa A.J. dan begitu juga sebaliknya. Mereka sering bersama ke mana sahaja sehinggalah A.J. mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke US sementara Sham tidak. Mereka mula sedar bahawa hidup bukan satu khayalan indah yang hanya dipenuhi keriangan. Hidup juga penuh dengan ujian. Malah, ujian lebih banyak daripada keriangan.
"Sayang, u there? Asal senyap je?" suara Sham tiba-tiba menyentak piluan A.J.
"I'm here. I'm always here with you. Even though tomorrow will be something different, even though we won't see each other as much as we used to, I'll always here for you."
Tangisan A.J. kedengaran. Sebak di dada sudah tidak dapat di tahan lagi. A.J. sebenarnya takut untuk mengahadapi perubahan,perubahan yang bermaksud hidup tanpa Sham di sisi. Dia takut.
"I takut. I takut you lupakan I. I takut you jumpa someone better and leave me alone." Sham juga menangis. Dia memang takut kehilangan satu-satunya gadis yang menyeri hidupnya selama 3 tahun ini.
"I know how you feel. I feel the same way, afraid if you find someone better than me while I'm not around. Guess the only thing we need the most is trust," balas A.J.
"Yes, trust. I love you."
"I love you too..."
Sabtu, 05 April 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar